ADAKAH ANDA AKAN MEMBENARKAN KELUARGA ANDA MINUM AIR YANG TERCEMAR?
Dizaman ini air kita begitu tercemar dengan perkara-perkara berikut:
- Pencemaran sampah sarap
- Pembuangan sisa air industri ke sumber air kita
- Hujan berasid
- Penggunaan racun serangga yang mengalir ke sumber air.
- Pembuangan sisa binatang ke sungai
- Kandungan klorin yang tinggi dalam air yang boleh menyebabkan masalah sekiranya diambil berlebihan.
JAWAPAN KAMI
Bio Energy Life Water System ialah penerokaan terbaru dalam sains hayat. Ia dibawa melalui penyelidikan sejak 1970 oleh saintis-saintis Eropah dalam bidang Teknologi penukaran tenaga Bio.
Teknologi penukaran Tenaga Bio dapat memecah kelompok-kelompok air kepada yang lebih kecil untuk menyerap lebih senang ke dalam tubuh. Ini dapat menyingkir toksin dari dalam tubuh kita dan menjadikan kita lebih sihat.
Penapisan air melalui Bio Energy Life Water System membolehkan kita menggunakan terus dari paip tanpa proses peasingan. Sistem ini dapat menyingkirkan logam berat, klorin dan bakteria dari air dengan lebih berkesan. Air yang dimasak hanya dapat membunuh bakteria tetapi tidak dapat menyingkir logam berat dan bahan kimia dari air tersebut. Walau bagaimanapun proses penggelegakan boleh mengaktifkan bahan klorin yang tidak sesuai dan akan menimbulkan bahan yang dipanggil Trihalomethane (THM) yang boleh menyebabkan kanser.
Para saintis telah dapat membuktikan penyebab penyakit seperti darah tinggi, strok, biurate dan lain-lain adalah disumbang oleh air yang tercemar. Walau bagaimanapun rahsia bagi kehidupan yang sihat ialah air yang bersih dan selamat. Bio Energy Life Water System mengandungi bahan mineral, oksigen dan molekul yang lebih kecil, aktif dan bertenaga dengan secukupnya. Ia dapat menyingkir sisa bakteria, sisa organik dan logam berat dengan 6 peringkat prose penapisan.
Sistem Penapisan Bio-Energy mengandungi 6 tabung berkepadatan tinggi dengan proses yang amat berkesan. Bio-magnet ditambah untuk mengionise air.
A.SERAMIK
Proses penapisan ini berkesan bagi membuang karat, kotoran, endapan pepejal, pepejal keras dan serpihan dari tangki dan paip lama.
B. PENAPIS KARBON PRA-AKTIF DAN PASIR GRED TINGGI
Penapis ini menyingkirkan sisa klorin, warna, bau yang tidak menyenangkan, bahan cucian, bahan organik dan kimia. Ia juga mempunyai karbon perak yang berkuasai membasmi kuman.
C. BLOK KARBON AKTIF GRED “A” YANG BERKUALITI TERTINGGI
Membuang logam berat, bahan radioaktif, sisa bahan kimia dan racun serangga.
D. BATU MINERAL DAN DAMAR
Air keras mengandungi mineral seperti magnesium dan kalsium. Proses penapisan ini menukar ion keras seperti magnesium dan kalsium menjadi ion yang lebih lembut seperti sodium dan potassium. Air lembut dapat mengurangkan kos pemanasan air.
E. BIO-SERAMIK BERMAGNET
Proses penapisan ini memecahkan kelompok-kelompok molekul air kepada yang lebih kecil supaya mudah meresap ke dalam badan.
F. BLOK KARBON BERKEPADATAN TINGGI
Menyelaras air ke tahap optimum alkali lembut. Ia juga meningkatkan ion kalsium, bermagnet dan mengionkan air serta menambah oksigen dalam air.
- Jangkahayat penapis gentian bergantung kepada kualiti air dan juga kadar penggunaan air.
RAHSIA KAMI
Rahsia bahan bio semulajadi ialah BIO SERAMIK
Bio Energy Life Water System adalah sama dengan proses mata air semulajadi yang menggunakan bahan dari alam semulajadi digabungkan dengan bahan teknologi maju seperti Karbon Pra-Aktif Bergred Tinggi. Penggunaan air yang telah ditapis dengan sistem ini memudahkan tubuh menyerap air dan menyingkir sebarang kekotoran dari tubuh.
No comments:
Post a Comment