Assalamualaikum w.b.t
Dengan hormatnya dijemput semua ahli KMPP ke majlis Pelancaran Projek Perumahan 20 unit Rumah Teres Dua Tingkat Diatas Lot 346 & 2183 Mukim 9, Jalan Kampung Masjid, Daerah Barat Daya Pulau Pinang pada:-
Tarikh : 9 April 2011
Masa : 11.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat : Tempat letak kereta (Berhadapan Pejabat KMPP)
56-A Wisma KMPP
Perak Plaza, Jalan Perak, Pulau Pinang
sebarang pertanyaan sila telefon di talain: 04-2299304 / 04-2299169 wassalam....
Salam,
ReplyDeleteSaya terpanggil untuk komen berhubung joint venture KMPP dengan VST Development ni ..
Harga rumah .. fooyyyooh 600k++
Bila tanya, ada diskaun untuk ahli KMPP? jawapannya takde diskaun laa ..
Kawan saya pi tanya bulan lepas ttg projek ni, harga dia bagi tau 590k, bulan nie saya pi tanya dia kata harga dah naik ke 619k ... hmmm hampeh
Yang saya pasti, kebanyakan rumah ni akan dibeli oleh orang bukan melayu ..
Ape ke jadahnya peranan KMPP? bukan utk bantu org melayu ke?
memandangkan ini projek KMPP, sepatutnya, Ahli KMPP mendapat harga istimewa berbanding org awam.
Klu org melayu tak mampu beli rumah dengan harga tue, binalah rumah dengan harga yang mampu dimiliki oleh org melayu.
Semua rumah kos rendah, skrg ni dibina di seberang, (nak halau org melayu pi seberang) dan ajak mai foreigner ngan bukan melayu kat Penang ...
Mmg konpem, dalam 10 tahun lagi, kita merempat kat sini jadi macam Singapura