Skim ini adalah suatu cara bagi memastikan supaya kepentingan dan kebajikan anggota dijaga dengan sempurna.
Anggota Lembaga dalam mesyuarat Bil MAL 02/2011 yang diadakan pada 19 April 2011 telah memutuskan untuk memilih Skim 1 dengan jumlah caruman adalah sebanyak RM5.00 setahun bagi setiap anggotanya dan akan dibiayai oleh Koperasi.
Caruman tahunan sebanyak RM5.00 yang diberi percuma oleh koperasi adalah tertakluk kepada umur anggota yang berumur 65 tahun hingga 80 tahun diminta memilih skim 6 dengan membuat penambahan RM20 lagi sekiranya mereka masih berminat dengan skim ini. Anggota keluarga juga boleh menyertai skim ini tetapi dengan biaya sendiri.
Jadual berikutnya menunjukkan Skim 1 hingga 5 yang disediakan oleh Etiqa Takaful. Anggota sekalian boleh memilih skim 2 hingga 5 jika inginkan manfaat tambahan. Skim 6 hanya untuk anggota yang berumur antara 65 tahun hingga 80 tahun sahaja.
Skim | Manfaat Kematian(RM) | Khairat Kematian(RM) | Caruman (RM) |
1 | 0.00 | 1,000 | 5.00 |
2 | 1,000 | 1,000 | 10.00 |
3 | 2,000 | 1,000 | 15.00 |
4 | 2,800 | 1,000 | 20.00 |
5 | 3,800 | 1,000 | 25.00 |
*6 | 0.00 | 400.00 | 25.00 |
Bersama-sama ini disertakan borang maklumat bagi tujuan mengemaskini rekod. Pihak Koperasi hanya akan mendaftar skim Tabarru’ ini apabila menerima kembali borang tersebut. Kegagalan anggota sekalian mengembalikan borang itu dianggap sebagai tidak berminat keatas skim Tabarru’ yang ditawarkan itu.
Dapatkan maklumat tambahan mengenai skim Tabarru’ ini semasa mesyuarat agung dikaunter yang berkenaan atau menghubungi Puan Zarina bt Shinta Madar di talian telefon 04-2299304/04-2299169 pada waktu pejabat.
Sekian untuk makluman anggota sekalian.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment