NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KMPP KE-35
Kepada: Semua Anggota KMPP Bhd
Dengan ini dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Ke-35 dijadual akan diadakan pada hari ISNIN, 11HB. JUN 2012 JAM 3.00 PETANG DI AUDITORIUM DEWAN SRI PINANG, PULAU PINANG.
Anggota-anggota Koperasi dengan hormatnya dijemput hadir ke Mesyuarat Agung tersebut.
Sila bawa bersama Kad Pengenalan dan Buku Laporan Tahunan dan Penyata Kira-Kira 2011 semasa menghadiri mesyuarat pada hari tersebut.
Hanya Anggota-Anggota KMPP sahaja yang boleh menghadiri Mesyuarat ini, wakil Anggota tidak dibenarkan menghadiri Mesyuarat.
Sebarang usul hendaklah disampaikan kepada Setiausaha secara bertulis sekurang-kurangnya 7 hari sebelum Mesyuarat Agung iaitu sebelum atau pada 4hb. Jun 2012 (Isnin) [UUK 32 (1) (m)]
Dimaklumkan bahawa masih ada lagi dikalangan Anggota-Anggota yang tidak mengemaskini alamat, nombor h/p dan penama yang terkini. Oleh itu diminta setiap Anggota dapat memaklumkan kepada pihak Pengurusan supaya maklumat yang disampaikan oleh KMPP dapat diterima tepat pada waktunya.
Sebarang maklumbalas atau pandangan sila layari sesawang KMPP dialamat:-
email/facebook : kmppb@yahoo.com
blog : http://kmppb.blogspot.com/.
No comments:
Post a Comment